PERNIAGAAN RUNCIT
JENIS PERNIAGAAN RUNCIT
• peruncit tanpa kedai terdiri drpd penjaja
dan pegerai
• peruncit berkedai terdiri drpd pekedai am
dan pekedai khusus
• perniagaan runcit besar-besaran pula
terdiri drpd pasar raya, gedung aneka jabatan, pasar raya besar, kedai sejaras
dan koperasi runcit
• bentuk lain peruncitan terdiri drpd mesin
peruncitan automatik, pesanan mel, francais, jualan langsung, e-dagang,
televisyen interaktif dan kedai katalog.
PERUNCIT KECIL KECILAN
Perniagaan runcit tanpa kedai
• tidak mempunyai premis tetap.
• bergerak dari satu tempat ke tempat lain.
• berbentuk milikan tunggal.
• perlu dapatkan lesen daripada kerajaan
tempatan
• terdiri drpd pegerai dan penjaja
• Pegerai - gerai kecil di suatu lokasi
yang tetap - di kaki lima, pasar besar
• Terdiri drpd gerai tetap dan gerai
sementara.
• Penjaja - secara bergerak dari satu
tempat ke tempat lain
• berjalan kaki atau berkenderaan.
• contoh - penjual ais krim dan roti.
Peruncit berkedai
• beroperasi di premis tetap.
• di kampung atau bandar besar.
• berbentuk milikan tunggal atau
perkongsian.
• mendaftar dengan Pendaftar Perniagaan,
• dan lesen perniagaan daripada kerajaan
tempatan
• Kedai am - kedai yang menjual pelbagai
jenis barang.
• Contohnya, kedai runcit
• Kedai khusus - kedai yang menjual satu
jenis atau sekumpulan barang atau menyediakan perkhidmatan khusus.
• Contoh kedai khas ialah kedai buku
Popular atauKedai gunting rambut
CIRI PERNIAGAAN RUNCIT KECIL-KECILAN
1. MODAL YANG KECIL
• diperoleh daripada simpanan peruncit
sendiri atau pinjaman daripada ahli keluarga, sahabat handai dan bank
2. DIMILIKI OLEH SEORANG PENIAGA ATAU
BERKONGSI.
• Urusan perniagaan - dikawal oleh pemilik
sendiri.
• menikmati pelbagai faedah seperti semua
keuntungan
• cukai pendapatan yang dikenakan rendah
3. MUDAH DITUBUHKAN
• tidak terdapat banyak peraturan
• memerlukan modal yang kecil
• perlu mendaftar dengan Pendaftar
Perniagaan,
• dan lesen perniagaan daripada kerajaan
tempatan
4. MUDAH DIURUS
• kerana saiznya yang kecil
• dikendalikan oleh pemilik sendiri, ahli
keluarganya atau pembantu
5. LOKASI PERNIAGAAN
• berdekatan tempat tinggal pelanggan
• menjual dari pintu ke pintu
6. LAYANAN PERIBADI
• penghantaran barang ke rumah, pembaikan
dan pemasangan barang
7. KOS OVERHED YANG RENDAH
• tidak perlu membayar sewa, cukai
perniagaan yang tinggi atau iklan yang mahal.
PERUNCIT BESAR-BESARAN
• perniagaan runcit yang beroperasi dalam
skala yang besar
• terletak - kawasan bandar.
• berbentuk - syarikat berhad dan bermodal
besar.
CIRI-CIRI PERNIAGAAN RUNCIT
BESAR-BESARAN
• Modal– besar, dikumpul melalui terbitan
syer
• Penubuhan – rumit, Akta syarikat 1965
• Belian - membeli stok secara pukal terus
daripada pengeluar.
• Jualan – tunai, elak hutang lapuk
• Pengurusan - lebih rumit dan sukar - saiz
organisasi yang besar - di bawah kakitangan profesional - pengkhususan,
teknologi - moden
• Kemudahan - untuk keselesaan pelanggan -
iringan muzik, tandas, hawa dingin
KEDAI SEJARAS
Maksud
perniagaan runcit yang mempunyai sepuluh
atau lebih cawangan - cawangan adalah seragam dari segi nama, logo, reka
bentuk, harga dan jenis barang - dikawal dan ditadbir oleh ibu pejabat atau
syarikat induk - Contoh Singer, 7-eleven dan kedai Bata.
Ciri-ciri
BENTUK ORGANISASI
• bentuk - syarikat berhad kerana
melibatkan modal yang besar –
• dikawal Lembaga Pengarah.
• mempunyai kedai cawangan - seluruh
negara.
KAWALAN & PENGURUSAN
• Pengurusan - dikawal oleh ibu pejabat
atau kedai induk –
• Amalan pengurusannya - berkonsepkan
pentadbiran pusat.
• Setiap cawangan - di bawah seorang
pengurus.
BARANG JUALAN & POLISI HARGA
• Barang-barang yang dijual - standard
daripada aspek harga dan kualiti.
• Harga barang adalah tetap
SUSUNATUR KEDAI & KAEDAH JUALAN
• Nama dan logo perniagaan - selaras di
semua cawangan.
• Rekabentuk kedai dan imej - sama
• Susunan barang-barang – standard
• Kaedah jualan - secara tunai, kad kredit
- dibenarkan.
Kelebihan
1. jualan - secara tunai atau kad kredit.
2. pengkhususan dan pembahagian kerja.
3. dapat diskaun niaga
4.Menjimatkan kos kerana overhed boleh
dikongsi
5. mobiliti kakitangan Kekurangan
1. Kesukaran mengawal kerana di merata
tempat.
2. Kos pengangkutan dan kendalian - tinggi.
3. Pilihan pengguna - terhad.
4. Melibatkan modal besar.
5. Keputusan hanya dibuat ibu pejabat.
PASAR RAYA BESAR
Maksud
Pasar raya besar (hypermarket) merupakan
sebuah bangunan setingkat yang menjual pelbagai jenis barang di bawah satu
bumbung - terletak di pinggir bandar dan bergantung kepada pelanggan
berkenderaan yang mengunjunginya pada hujung minggu - Contoh pasar raya besar
ialah Xtra dan Giant.
Ciri-ciri
BENTUK ORGANISASI
• sebuah syarikat berhad yang bermodal amat
besar.
KAWALAN & PENGURUSAN
• dasar dan polisi - ditetapkan Lembaga
Pengarah
• dilaksanakan - sekumpulan pengurusan
peringkat pertengahan yang bergaji tetap.
• Pengurusan setiap bahagian - seorang
pengurus atau penyelia.
BARANG JUALAN & POLISI HARGA
• pelbagai jenis dan jenama barang - barang
keperluan harian
• harga barang – berpatutan dan tetap
KAEDAH JUALAN
• urusan jual beli - secara tunai / kad
kredit
KEMUDAHAN
• tempat letak kereta, troli
Kelebihan
1. kos yang rendah - sewa rendah dan
bilangan kakitangan kurang.
2. perolehan yang besar - pelanggan membeli
banyak secara mingguan.
3. kadar pusingan stok dan pengaliran tunai
tinggi.
4. Menyediakan pelbagai jenis barang - di
bawah satu bumbung. Kekurangan
1. Margin keuntungannya - rendah kerana
harga - murah.
2. Kedudukan di pinggir bandar -
menyukarkan pelanggan tidak berkenderaan
3. Perlu menjual barang dalam volum yg
besar - membiayai kos operasi yang
tinggi.
PASAR RAYA
Maksud
menjual beraneka jenis barang di bawah satu
bumbung - terletak di lokasi strategik yang mudah dikunjungi - di pusat bandar
Contohnya, Pasar Raya Billion dan Pasar RayaTops.
Ciri-ciri
BENTUK ORGANISASI
• Pasar raya adalah berbentuk syarikat
berhad.
KAWALAN & PENGURUSAN
• ditadbir oleh Lembaga Pengarah (dasar)
• diuruskan (perlaksanaan) oleh kakitangan
profesional
• dibahagikan kepada beberapa bahagian -
seorang penyelia bahagian.
BARANG JUALAN & POLISI HARGA
• makanan segar - daging, ikan &
keperluan harian - sabun mandi, syampu.
• Harga - tidak boleh ditawar.
• dilekatkan dengan tanda harga.
KAEDAH JUALAN & SUSUNATUR KEDAI
• secara layan diri.
• jualan dibuat secara tunai & kad
kredit.
• Barangnya diperagakan
Kelebihan - Pengguna
1. Menjimatkan masa dan kos - membeli
pelbagai barang di satu tempat.
2. Bebas memilih
3. Harga lebih murah berbanding di kedai
runcit
4. Menyediakan kemudahan
5. Suasana membeli-belah - selesa.
Kekurangan - Pengguna
1. Jauh dari tempat tinggal- membazir dari
segi kos dan masa.
2. Harga barang tetap dan jualan dibuat
secara tunai.
3. Tidak menyediakan perkhidmatan selepas
jualan.
Kelebihan – Peniaga
1. Menikmati pengkhususan dan pembahagian
kerja.
2. Menjimatkan kos - sistem layan diri.
3. Penggunaan iklan - menarik pelanggan dan
melariskan jualan. Kekurangan - Peniaga
1. Melibatkan modal yang besar.
2. Prosedur penubuhan yang rumit.
3. Risiko kecurian - akibat layan diri dan
peragaan terbuka.
4. Makanan segar yg tidak tahan lama.
GEDUNG ANEKA JABATAN
Maksud
sebuah perniagaan runcit berskala besar
yang beroperasi dalam sebuah bangunan besar yang bertingkat - terletak di
lokasi yang strategik di bandar besar. Contohnya, Isetan, Parkson Grand dan
Metrojaya.
Ciri-ciri
BENTUK ORGANISASI
• ditubuhkan sebagai syarikat berhad dengan
modal yang besar.
KAWALAN & PENGURUSAN
• Pentadbirannya dikawal oleh Lembaga
Pengarah - menentukan segala dasar syarikat.
• Setiap jabatan merupakan unit khas
• Pembelian stok - tanggungjawab pengurus
jabatan
• Contoh jabatan pakaian wanita
BARANG JUALAN & POLISI HARGA
• pelbagai dari segi jenis dan jenama.
• Harga - tidak boleh ditawar.
KAEDAH JUALAN
• Jualan - tunai / kad kredit
KEMUDAHAN
• lif, tandas, telefon, tempat letak
kereta, surau
Kelebihan – Peniaga
1. Menikmati diskaun niaga - dapat menjual
lebih murah.
2. Pentadbiran menjadi lebih cekap -
pengkhususan dan pembahagian kerja
3.Jualan secara tunai – tiada masalah
hutang lapuk.
4. Menjimatkan kos promosi - satu iklan -
dapat meliputi semua jabatan. Kekurangan - Peniaga
1. Kos overhed yang tinggi - sewa,
perhiasan kedai, gaji jurujual serta kos kemudahan
2. Penubuhannya sukar - modal yang besar
dan prosedur yang rumit.
3. Saiz pemiagaan yang besar - menyukarkan
urusan kawalan dan pengurusan.
4. Peragaan barang secara terbuka -
menggalakkan risiko kecurian dan kerosakan.
Kelebihan – Pelanggan
1. menjimatkan masa dan tenaga - segala
keperluan rumah - di dalam satu bangunan.
2. Kemudahan dan membeli dalam suasana yang
selesa.
3. tanda harga - boleh membandingkan harga
barang dan tidak bimbang ditipu. Kekurangan - Pelanggan
1. Tiada layanan peribadi kerana
mengamalkan layan diri.
2. Tidak dapat membeli barang secara
kredit.
3. Tiada tawar-menawar kerana harga barang
adalah tetap.
4. Pelanggan sukar - terletak di pusat
bandar - jauh
KOPERASI RUNCIT
Maksud
organisasi yang ditubuhkan oleh sekumpulan
pengguna - tujuan utama untuk membantu anggota memperoleh barang keperluan pada
harga yang berpatutan tanpa melalui orang tengah. Contohnya, koperasi peladang
BENTUK ORGANISASI
• ditubuhkan mengikut Akta Koperasi 1993
• dan didaftarkan dengan Ketua Pendaftar
Koperasi Malaysia.
• Modal - jualan syer kepada anggotanya.
• Syer - tidak boleh diniagakan atau
dipindah milik.
KAWALAN & PENGURUSAN
• ditadbir oleh Lembaga Pengarah
(menentukan dasar)
• Pengurusan hariannya - oleh kakitangan
yang dibayar gaji.
• Stok dibeli dalam kuantiti yang besar
• boleh menawarkan diskaun niaga yang
tinggi
BARANG JUALAN & POLISI HARGA
• menjual barang keperluan harian kepada
anggota dan bukan anggota.
• Harga barang lebih rendah berbanding
harga pasaran
BAYARAN DIVIDEN
• Keuntungan disebut lebihan -sebahagian
wajib disimpan sebagai rizab
• bakinya untuk membayar dividen -
terbahagi kepada dividen tunai dan rebat.
• Dividen tunai - dividen yang dibayar
berdasarkan jumlah belian
• Rebat atas pelaburan pula ialah faedah
yang dibayar secara peratusan berdasarkan jumlah saham
BENTUK LAIN PERUNCITAN
1. MESIN PERUNCITAN AUTOMATIK
• menjual barang terus kepada pengguna
melalui mesin secara automatik.
• memuatkan barang dan dilengkapi pelbagai
fungsi - slot syiling atau peragaan tingkap
• memasukkan wang yang mencukupi ke dalam
slot - menekan butang barang pilihannya - barang itu akan keluar secara
automatik.
• menjual jenis barang tertentu seperti
minuman kotak
• memperniagakan perkhidmatan seperti mesin
menimbang berat badan
• ditempatkan di lokasi yang strategik
misalnya di perhentian bas
• boleh beroperasi selama 24 jam tanpa
diawasi.
Kelebihan - Peniaga
1. beroperasi sendiri - tanpa pengawasan
dan 24 jam.
2. khidmat layan diri - menjimatkan kos
upah dan pengendalian perniagaan.
3. meningkatkan jualan - mesin mudah
diletakkan asalkan ada permintaan.
4. Kos pengurusan rendah - tidak perlu
menyewa premis Kekurangan - Peniaga
1. Kos pemasangan dan pemeliharaan - mahal.
2. Muatan - terhad.
3. Jenis dan kuantiti barang yang sesuai -
terhad.
4. risiko kerosakan - tinggi
Kelebihan - Pembeli
1. 24 jam.
2. Tiada caj tambahan.
3. Cara pembelian mudah.
4. Menjimatkan kos, masa dan tenaga
Kekurangan - Pembeli
1. Pilihan - terhad
2. Barang tidak dapat ditukar
3. Bentuk pembayaran terhad
2. PESANAN MEL
• menjual barang terus melalui pos atau
perkhidmatan kurier.
• Contoh - The Readers's Digest, The Times,
Dewan Bahasa dan Pustaka, Mail Order Gallery (MOG)
• sesuai - menjual barang yang ringan,
kecil, tidak mudah pecah dan tahan lama.
• Bentuk dan cara penggunaan barang-barang
- dapat disampaikan - melalui gambar
• dijalankan melalui tiga kaedah, iaitu
pengiklanan, kiriman terus atau pelantikan ejen.
• tiga kaedah pembayaran
• Bayar Waktu Terima (B.W.T) - bayaran
dibuat apabila barang sampai di pejabat pos
• Tunai Waktu Pesanan (T.W.P) mewajibkan
bayaran dihantar dengan borang pesanan.
• Bayaran ansuran - membayar beransur-ansur
mengikut tempoh yang ditetapkan.
Kelebihan - Peniaga
• menanggung kos overhed yang rendah
• tidak memerlukan lokasi yang strategik
• pasarannya luas - kawasan yang mempunyai
perkhidmatan pos
• Bilangan kakitangannya tidak ramai
• Mengetepikan orang tengah Kekurangan -
Peniaga
• kos promosi
• kos pengurusan atau mengutip hutang
• kos menginsuranskan barang - barang
mungkin rosak dalam perjalanan
Kelebihan - Pembeli
• boleh bayar ansuran
• boleh pulang balik
• menjimatkan kos tambang, masa dan tenaga
Kekurangan - Pembeli
• Mungkin ditipu
• Barang lambat sampai
• Tiada hubungan peribadi
• tidak dapat memeriksa barang
3. FRANCAIS
• seseorang individu yang diberi hak untuk
menjual barang atau perkhidmatan syarikat induk yang sudah terkenal
• Contoh kedai makan segera Merryl Brown,
Habib Jewel, KFC’s,
• menggunakan logo, nama dan reka bentuk
yang sama.
• individu atau syarikat yang diberi
kebenaran - francaisi
• syarikat induk yang memberikan kebenaran
- francaisor.
• perjanjian ditandatangani oleh kedua-dua
pihak- syarat francais
• Fungsi francaisor
o memberikan hak menggunakan imej, jenama,
sistem operasi dan format perniagaan
o membimbing - penubuhan & pengurusan
perniagaan
o mengendalikan program latihan staf,
promosi jualan dan
o membiayai kos pengiklanan francaisi.
o membekalkan ramuan, alat dan perkakas
dengan kredit tertentu.
• Fungsi Francaisi
o membayar royalti - satu jumlah tetap atau
secara peratusan drpd jualan bulanan.
Kelebihan - Francaisor
1. mengembangkan perniagaannya.
2. ekonomi bidangan Kekurangan – Francaisor
1. boleh menjejaskan nama baik
Kelebihan - Francaisi
1. mendapat sokongan pengurusan dan
kewangan - risiko kegagalan perniagaan amat rendah.
2. Tidak perlu menanggung kos overhed
seperti promosi, latihan staf dan iklan.
3. Jenama terkenal – mendapat sambutan
ramai Kekurangan – Francaisi
1. perlu mengawal kualiti barang - boleh
menjejaskan nama baik francaisor.
2. terikat dengan perjanjian francais &
bergantung kepada francaisor.
3. tiada inovasi dan inisiatif sendiri
4. JUALAN LANGSUNG
• menjual barang terus melalui kunjungan
jurujual dari pintu ke pintu.
• Contoh syarikat Amway, Avon dan
syarikat-syarikat insurans.
• Jurujual atau ejen dilantik dan dilatih
dengan pelbagai kemahiran dan
teknik jualan
• Secara pelbagai peringkat (multilevel)
• menggunakan senarai harga, katalog atau
sampel produk.
• dibayar komisen atas jualan
• 3 bentuk jualan langsung –
o jualan perkhidmatan oleh ejen seperti
ejen insurans
o jualan barang oleh ejen pengeluar -
katalog dan sampel seperti Avon
o jualan barang oleh ejen bebas
• Jenis produk yang sesuai - kosmetik,
perkakas dapur, insurans dan pakej pelancongan.
Faktor-faktor Pekembangan
1. Pengguna semakin sibuk
2. Masalah pengangkutan
3. khidmat sokongan pelanggan lemah -
berbaris panjang di kaunter bayaran
4. Kemajuan teknologi maklumat dan
komunikasi - panggilan tanpa tol, kad kredit dan internet.
5. Kos pengiklanan – murah
Kelebihan
1. bersemuka dengan pembeli
2. Liputan pasarannya - kawasan pedalaman.
3. tidak perlu - premis besar.
4. Sesuai untuk produk yang memerlukan
khidmat nasihat, tunjuk ajar dan perkhidmatan selepas jualan. Kekurangan
1. Pembeli dikenakan bayaran yang lebih -
tanggungan kos
2. Barang-barang tertentu sahaja
3. memerlukan modal yang besar.
4. kos overhed yang tinggi - kos latihan
ejen, kos cetakan katalog
6. E-DAGANG
• menjual melalui talian internet dengan
rangkaian komputer
• dari peringkat pertanyaan, pesanan,
pengeluaran invois hingga peringkat bayaran.
• secara online antara penjual dengan
pembeli dari seluruh dunia.
• mewujudkan laman web dan gerai pameran
dalam internet
• gambar dan maklumat terperinci dipaparkan
di skrin komputer.
• perlu membuat bayaran awal (prabayar)
dengan memasukkan nombor kad kreditnya.
• Barang pesanan akan dihantar melalui pos
atau kurier
• Jika belian didapati tidak menepati
deskripsi, ia mungkin boleh dikembalikan semula, tertakluk kepada syarat jualan
Kelebihan – Peniaga
1. menjual secara global pada kos yang
paling minimum
2. tidak memerlukan premis - hanya gudang
3. Kos operasi murah - hanya satu laman web
4. operasi secara besar-besaran - pengguna
internet di seluruh dunia
5. sistem prabayar - tidak menanggung
hutang lapuk Kekurangan - Peniaga
1. persaingan sengit - laman web lain
2. Perang harga - merugikan peniaga.
3. membangunkan laman web - mahal.
4. Laman web - dicerobohi
5. Proses globalisasi - e-dagang -
menguntungkan peniaga di negara maju
Kelebihan - Pelanggan
1. Pilihan pelanggan - pasaran sedunia.
2. barang berkualiti tinggi - harga yang
lebih murah.
3. membeli-belah dari rumah atau pejabat -
menjimatkan kos, masa dan tenaga.
4. maklumat - relevan, terperinci dan
terkemas kini
5. amalan pegangan tunai yang minimum -
bayar menggunakan kad kredit. Kekurangan - Pelanggan
1. Membeli secara prabayar - tanpa melihat
barang sebenar
2. unsur penipuan dan manipulagi pihak
tertentu.
3. Undang-undang siber tidak dapat memberi
perlindungan sepenuhnya
4. kad kredit - kebocoran nombor pin
5. Terpengaruh dengan tawaran - pembaziran.
6. TELEVISYEN INTERAKTIF (TVI )
• membolehkan seorang penonton TV
berinteraksi dengan peniaga yang mengiklankan barangnya melalui TV dan
membeli-belah dari rumah.
• Contoh – siaran Astro, Smartshop
• merupakan hasil ciptaan teknologi digital
• menggabungkan fungsi televisyen dengan
komputer peribadi secara interaktif
• mesti disambungkan dengan talian
internet.
• Cara beroperasi:
a. Gambar dan maklumat barang - ditayangkan
di televisyen
b. Pesanan dibuat serta-merta - menekan
papan kekunci /gagang telefon
c. Bayaran prabayar - menggunakan kad
kredit
d. barang dihantar - pos, ejen jualan atau
kurier.
• membolehkan penonton mengambil bahagian
dalam program tertentu di televisyen.
• menjawab soalan dan memberi pendapat
Kelebihan – Peniaga
1. Premis yang strategik - tidak diperlukan
2. Kos pengurusan rendah
3. cara penggunaan barang - lebih jelas
(visual) dan terus kepada penonton.
4. Reaksi penonton - maklum balas untuk
memperbaiki produk
5. Kesan audio visual lebih meyakinkan
Kelemahan - Peniaga
1. penggambaran produk - mahal.
2. siaran melalui televisyen - mahal
berbanding media yang lain.
3. siaran waktu tengah malam- kurang
berkesan
4. Siaran iklan perlu kerap diulangi
Kelebihan – Pelanggan
1. membeli-belah sambil menonton televisyen
di rumah
2. membuat pesanan - serta-merta
3. Mempunyai masa - membuat pertimbangan
dan pilihan.
4. Menjimatkan masa, kos dan tenaga
5. mengetahui cara penggunaan barang
Kelemahan – Pelanggan
1. Membeli tanpa melihat barang sebenar
2. unsur penipuan dan manipulasi
3. Barang - tidak seperti yang disiarkan.
4. Urusniaga akan mengambil masa
7. KEDAI KATALOG
• mempromosikan barang atau perkhidmatannya
melalui katalog
• Contoh - Courts Mammoth, Ikea dan The
Catalog Shop.
• semua jenis barang jualan disenaraikan
secara teratur
• katalog diedarkan secara percuma di
tempat kunjungan ramai
• Keistimewaan - tawaran skim bayaran
ansuran yang fleksibel
• menyediakan perkhidmatan selepas jualan
seperti perkhidmatan penghantaran barang
• Sasaran - bergaji tetap seperti pegawai
kerajaan
• keuntungannya daripada faedah
• Bayaran - debit terus atau arahan tetap
(bank) ataupun potongan gaji (Biro Angkasa).
• Barang-barang yang dijual - jenis barang
yang piawai dan tahan lama.
• Contohnya, barang-barang elektrik,
perabot, peralatan dapur
Kelebihan
1. Liputannya lebih luas - semua pengguna
internet
2. Tawaran skim bayaran ansuran yang
fleksibel
3. keuntungan yang lebih tinggi
4. Perkhidmatan selepas jualan
5. promosinya berkesan - elemen audio
visual dan animasi. Kekurangan:
Ø Harga jualan lebih mahal
Ø Kos promosi yang tinggi
tidak sesuai - barang yang tak tahan lama dan tiada kepiawaian
No comments:
Post a Comment