Bab-Bab Teknologi Maklumat

Tuesday, February 9, 2016


BAB 3: TEKNOLOGI PEMASARAN

Apa itu Blog…


Blog adalah ringkasan bagi weblog dan ia merupakan satu jenis web yang boleh dikategori/diumpamakan sebagai online journal ataupun online diari yang mengandungi cetusan rasa, pendapat peribadi, perkongsian maklumat atau dalam apa sahaja bentuk penulisan.

Blog biasanya sentiasa dikemaskini setiap hari mengikut kemahuan pemiliknya. Ia berkonsepkan post atau artikel yang mempunyai kronologi atau dikenali sebagai Reverse Chronical Order. Dalam maksud mudah, post yang lama akan berada di bawah post yang terbaru dan seterusnya. Kebiasannya blog dimiliki oleh individu dan kandungannya pula sentiasa dikemaskini serta mempunyai fungsi komen untuk membolehkan pembaca memberikan sebarang komen bagi setiap artikel yang diterbitkan.

Blog biasanya dipersembahkan dalam bentuk teks dan ditambah dengan sedikit gambar. Tetapi kini, blog dipersembahkan dalam pelbagai cara seperti photo blog dan video blog. Terdapat banyak laman web yang menyediakan perkhidmatan blog samada secara percuma atau prabayar. Antara yang popular dan percuma seperti :

Blogger.com

Wordpress.com

tblog.com

ketika ini, perisian WordPress merupakan perisian blog yang amat popular di kalangan webmaster disebabkan mudah digunapakai mengikut kemahuan sendiri dan mempunyai banyak plug-in yang hebat. Selain itu, ia juga mesra pengguna dan mudah di index oleh enjin carian.







BAB 3 : TEKNOLOGI PEMASARAN

Kriteria Laman Web yang baik

ü  Terdapat beberapa perkara penting yang harus diambil kira semasa mereka bentuk laman web.Tips berikut amat bagus bagi menghasilkan laman web yang baikdan menggembirakan pengunjung anda.

Reka bentuk laman web yang simple  dan mudah

ü  Tujuan membina laman web ialah untuk menyampaikan info tentang produk anda kepada pelawat.

ü  Laman web yang ringkas.

ü  Elakkan menggunakan gambar dan animasi yang terlalu banyak sehingga mengganggu focus pengunjung anda terhadap info yang anda sediakan.

Objektif

ü  Pastikan anda tahu dan faham apa tujuan laman web tersebut dibina kerana ia akan mempengaruhi pelbagai aspek rekabentuk laman web seperti penggunaan warna, sasaran penggunaan, teknologi ,dsb.

ü  Isi laman web juga haruslah focus kepada objektif.

Kedudukan link/menu perlu konsisten.

ü  Anda perlu menyediakan link pada kedudukan yang tetap.

ü  Jika dalam fail utama link berada dibahagian tengah atas, pastikan page lain juga mempunyai link pada kedudukan yang sama.

Gambar

ü  Gambar yang digunakan hendaklah optima supaya ia cepat dilod dan tidak terlalu berat.

ü  Rekabentuk grafik yang menarik menjadikan laman web anda unik dan menarik di pandangan mata pengunjung, tetapi ingat, hanya letak gambar-gambar yang berkaitan sahaja(gambar produk anda).

ü  Pemilihan konsep warna yang sesuai juga amat penting.

Navigasi

ü  Apa itu navigasi? Navigasi ialah perjalanan web anda dari satu halaman ke satu halaman berdasarkan link yang anda telah buat.

ü  Pastikan anda mereka bentuk link/menu anda dengan jelas dan mudah untuk dilihat pengunjung.

ü  Pilih warna yang sesuai supaya ianya dapat dibezakan dan kelihatan jelas.

ü  Penting : pastikan navigasi yang mudah untuk proses pembelian dan pembayaran.


Logo dan nama

ü  Pastikan logo atau nama laman web anda dipaparkan dengan jelas kerana ianya adalah identiti perniagaan anda.

Font

ü  Anda perlu pilih font yang standard sahaja seperti Arial, Verdana atau Times New Roman.

ü  Jika anda menggunakan font yang bukan standard, ada 2 perkara mungkin berlaku :

·         Menyusahkan pengunjung anda membaca. (Font Script)

·         Mungkin ada pengunjung yang tidak dapat melihat dan membaca kerana font tersebut tiada di dalam computer mereka.

Cara menghubungi anda

ü  Anda perlu sediakan kaedah atau cara bagaimana pengunjung boleh menghubungi anda sama ada melalui email,form atau telefon.

Isi kandungan web anda.

ü  Anda perlu pastikan maklumat yang anda sediakan dalam web adalah berkaitan dengan perniagaan anda dan mencukupi, kerana pengunjung akan merasa puas hati dengan info yang lengkap.

ü  Mereka mungkin akan membuat belian jika mereka yakin dengan produk anda.

Link

ü  Pastikan link yang anda buat di laman web berfungsi.

Susunan

ü  Pastikan susunan grafik, button, text, dan link disusun dengan baik dan tersusun.

ü  Laman web yang berterabur membuatkan pengunjung tidak akan lawati web anda untuk kali ke-2 dan seterusnya.

·         Tips:

·         Cara terbaik untuk anda mendapat idea bagaimana membina laman web ialah dengan melihat lamn web orang lain.

·         Rekabentuk laman web yang baik mengandungi 3 unsur utama iaitu:

o   Menarik (attractive)

o   Mudah digunakan (user friendly)

o   Laman web bermaklumat (full of information)

·         Ingat, tujuan anda membina laman web bukan semata-mata untuk menghasilkan laman web yang cantik dan menarik.

·         Tetapi yang lebih penting ialah maklumat dan mesej yang anda ingin sampaikan kepada pengunjung tercapai.


BAB 3: TEKNOLOGI PEMASARAN.

9 Tips Menguruskan Perniagaan Online.


1.    Ucapan dan bahasa yang sopan dan mesra

·         Ucapan salam dan selamat setiap kali anda memulakan perbualan dengan pelanggan anda.

·         Layanan pelanggan online anda dengan sopan dan mesra tapi bukan mengada- gada walaupun pelanggan anda tidak nampak, tapi melalui perkataan-perkataan yang anda taip di keyboard boleh dizahirkan di skrin komputer mereka.

·         Jika anda menaip sambil senyum dan ikhlas ia akan sampai ke pelanggan online anda.

·         Begitu juga di media sosial

·         Anda pastikan menggunakan bahasa yang sopan dan positif.


2.    Jawab respon secepat mungkin.

·         Perlu alert dengan responds dari pelanggan.

·         Jika pelanggan meminta anda untuk Pm anda ke inbox beliau, lakukan segera.

·         Jika anda lambat menjawab kemungkinan besar pelanggan akan mencari seller yang lain atau mungkin juga “hilang keterujaan” untuk membeli.


3.    Boleh bertolak ansur

·         Bertolak ansur ini ialah jangan terlalu rigid, contohnya, harga barang yang dijual RM 59.50, tambah postage RM6.00 menjadikan jumlah RM 65.50.

·         Pelanggan minta kurang RM0.50 pun tak boleh dan tolak mentah-mentah permintaan pelanggan.

·         Mungkin pelanggan akan membeli, tapi itu yang pertama dan kali terakhirlah dia berurusan dengan anda.

·         Sayangkan kerana RM 0.50 anda hilang pelanggan setia.







4.    Harga berpatutan dan berkualiti seperti gambar

·         harga mampu milik, jangan jual harga untuk dapatkan keuntungan berganda sedangkan harga barangan di pasaran jauh lebih murah.

·         Mungkin pelanggan akan merasa tertipu sekiranya dia tahu harga sebenar barangan tersebut di pasaran jauh lagi murah.

·         Jika anda menjual dengan menggunakan gambar, pastikan gambar adalah gambar sebenar produk dan tidak diedit berlebihan sehingga jauh dari keadaan asal.

·         Jika ada sebarang defect sila beritahu pelanggan anda dalam erti kata lain, JUJUR ketika berurusniaga.


5.    Minta Maaf biarpun kesilapan kecil.

·         Mengalah dengan pelanggan anda biarpun anda tahu anda benar.

·         Mengalah tak bererti anda kalah dan minta maaf bukan semestinya anda salah.

·         Jadi jika berlaku perselisihan faham, selesaikannya dibelakang tabir, jangan jejaskan reputasi anda di Wall FB atau media sosial lain.


6.    Memberi penjelasan sehingga difahami.

·         Memberi kefahaman kepada pelanggan tentang produk yang dijual.

·         Penjelasan anda akan membuatkan dia lebih jelas dengan barangan tersebut dan juga akan menimbulkan satu kepercayaan kepada anda sebagai penjual.

·         Kepercayaan yang ada perlukan untuk bertahan dalam perniagaan online ini.


7.    Pantas membuat pengeposan barang jualan.

·         Jangan biarkan pelanggan anda tertunggu-tunggu.

·         Lagi pantas anda membuat penghantaran barang, lagi suka pelanggan anda terhadap anda.

·         Perkhidmatan yang cekap dan pantas adalah kunci utama kejayaan sesebuah perniagaan.

·         Jika anda ‘terpaksa’ terlewat menhantar. Maklumkan kepada pelanggan anda secepat mungkin dan jelaskan padanya.

·         Kelewatan boleh menyebabkan anda kehilangan pelanggan setia.


8.    Jangan salah hantar barang.

·         tapi anda perlu bertanggungjawab untuk menyelesaikannya, bukan memaksa pelanggan menerima sahaja apa yang sampai kepadanya.

·         Berusahalah untuk memuaskan hati mereka.

·         Jadi peniaga yang bertanggungjawab.


9.    Follow Up selepas penghantaran.

·         anda perlu lakukan sekiranya anda inginkan pelanggan setia bukan pelanggan yang hanya membeli hanya sekali kemudian hilang.

·         1 step ialah tanyakan perihal barangan sama ada sudah diterima atau belum.
Bagaimana keadaan barang yang diterima atau apa sahaja yang  boleh anda follow up bagi membina kepercayaan pelanggan

No comments:

Post a Comment