Bab-Bab Teknologi Maklumat

Wednesday, February 10, 2016


Kesimpulan

 

          Dengan adanya sistem maklumat  syarikat-syarikat kecil dan syarikat-syarikat besar boleh menggunakan sistem tersebut dan menjalankan perniagaan secara elektronik dan selamat agar perniagaan mereka menjadi lebih cekap dan mampu berdaya saing dengan syarikat antarabangsa. Dengan adanya sistem maklumat boleh membantu perniagaan memperluaskan produknya. Dengan menggunakan sistem ini amat ia dapat memudahkan proses penyimpanan data iaitu segala data yang berkaitan dengan perniagaan. Dengan sistem ini ia mempercepatkan proses pengumpulan data. Dengan cara ini amat mudah mencari dan memperolehi data-data yang diperlukan. Masa untuk mencari data juga menjadi lebih singkat dan ini menyebabkan kerja penyimpanan dan penggunaan data lebih efisen dan lebih teratur.

            Kini teknologi dunia semakin meningkat, hanya menggunakan hujung jari sahaja, apa yang dikehendaki mudah didapati, tidak ketinggalan juga sistem maklumat yang mengumpulkan pelbagai maklumat tentang organisasi. Antara maklumat yang disimpan contohnya data peribadi pekerja, jadual gaji pekerja. Segala permohonan hanya dibuat melalui sistem. Kesalahan dalam membuat dan menyimpan maklumat mentah kepada maklumat yang boleh digunakan menjadi lebih mudah. Ia akan mempercepatkan urusan kerja. Seterusnya dapat meningkatkan prestasi syarikat tersebut. Pekerja dapat melakukan kerja dengan lebih efisyen dan teratur. 

Apa Itu Hacker?

APA ITU HACKER?

  • Hacker adalah orang yang "memecah masuk" komputer dan rangkaian sistem komputer, sama ada untuk mendapat keuntungan ataupun didorong oleh cabaran.Dahulunya budya menggodam sebenarnya berasal daripada kumpulan bawah tanah..tetapi telah berkembang dan kini terbuka kepada masyarakat.Penggodam merupakan seseorang yang menikmati meneroka butiran sistem atur cara dan bagaimana hendak meningakatkan keupayaan komputer tersebut. Mereka juga mempunyai pemahaman intim dan meluas mengenai mekanisme dalaman sistem komputer dan rangkaian komputer khususnya.
  • Menggodam komputer adalah amalan mengubahsuai perkakasan dan perisian komputer untuk mencapai matlamat di luar maksud asal pencipta. Orang yang terlibat dalam aktiviti menggodam komputer sering dipanggil pengodam(hacker). Oleh kerana perkataan "hack" telah lama digunakan untuk menggambarkan seseorang yang tidak cekap pada profesion /, ada penggodam yang mendakwa istilah ini adalah menyakitkan hati dan tidak memberi pengiktirafan yang sesuai dengan kemahiran mereka.
  • Sebagai perbandingan kepada orang-orang yang membangunkan kepentingan dalam menggodam komputer daripada rasa ingin tahu intelektual mudah, sesetengah penggodam mempunyai motif yang kurang mulia seperti mencuri maklumat peribadi, menukar data kewangan sebuah perbadanan, memecahkan kod keselamatan untuk mendapatkan akses rangkaian yang tidak dibenarkan, atau menjalankan aktiviti-aktiviti yang boleh menyebabkan kerugian kepada mangsa.Ini dipanggil sebagai"cracker".

Sikap Penggodam: -

  • Beberapa kumpulan kecil bawah tanah komputer dengan sikap dan matlamat yang berbeza menggunakan syarat-syarat yang berbeza untuk menanda diri antara satu sama lain, atau cuba untuk menyisihkan beberapa kumpulan tertentu yang mereka tidak bersetuju. Terdapat kategori yang berlainan, seperti White hat,Grey hat,Black hat dan script kiddie.

White hat: -

  • Penggodam topi putih memecah masuk keselamatan komputer sebenarnya bukan berniat jahat, mereka sebenarnya menguji sistem keselamatan mereka sendiri. Jenis-hacker ini lebih suka menikmati pembelajaran dan bekerja dengan sistem komputer, dan seterusnya mendapat pemahaman yang lebih mendalam mengenai subjek. Orang seperti ini menggunakan kemahiran hacking mereka dengan cara yang sah, seperti menjadi perunding keselamatan.Mereka menulis program komputer untuk memastikan keselamatan komputer terjaga.


Black hat: -

  • Penggodam topi hitam, kadang-kadang dipanggil "cracker", seseorang yang memecah keselamatan komputer tanpa kebenaran atau menggunakan teknologi (biasanya sebuah komputer, telefon, sistem atau rangkaian) untuk vandalisme, penipuan kad kredit, kecurian identiti, cetak rompak, atau jenis lain aktiviti yang menyalahi undang-undang.Biasanya mereka adalah bersalah di sisi undang2.Mereka mempunyai pengetahuan komputer yng baik dan menulis program komputer untuk melakukan penggodaman.


Grey Hat:-

  • Penggodam ini boleh motfnya masih samar-samar/kesalahan sempadan.
  •  

Script kiddie:

  • Script kiddie adalah seorang ynag bukan pakar yg memecah masuk sistem komputer dengan menggunkan program yng ditulis oleh orang lain(hacker).Biasanya mempunyai sedikit pemahaman konsep.Ini adalah orang buangan masyarakat hacker.


Noob (istilah untuk newbie): -

  • Noob adalah istilah yang digunakan untuk menggambarkan seseorang yang mempunyai hampir tiada pengetahuan tentang cara teknologi, dan hacking; lagi kadang-kadang berpura-pura untuk menjadi pakar tentang topik atau mengisytiharkan diri mereka sebagai "Hacker" apabila mereka tidak mempunyai idea tentang topik tersebut. Noobs juga kekurangan disiplin yang diperlukan untuk menjadi seorang penggodam yang benar. Noobs adalah di peringkat yang lebih rendah daripada "Script kiddie" dari segi Hacker.

Elite (atau dikenali sebagai 1337 atau 31337 dalam 1337_speak): -

  • Elite adalah istilah yang digunakan untuk menggambarkan penggodam paling maju dan terbesar yang sentiasa di "canggih", dan satu langkah di hadapan orang lain dan orang yang memahami sepenuhnya maksud sebenar apa yang dimaksudkan untuk menjadi seorang hacker. Seseorang yang dikatakan elit adalah mereka yng menemui dan menyelesaikan exploit dan kelemahan sistem2 keselamatan baru.Mereka adalah pencari kelemahan sistem bg meningkatkan keselamatan aplikasi perisian dan komputer.

Hacktivist: -

  • Hacktivist adalah seorang penggodam yang menggunakan teknologi untuk mengumumkan mesej sosial, ideologi, agama, atau politik. Secara umum, hacktivism kebanyakan melibatkan pencacatan laman web atau serangan penafian perkhidmatan. Dalam kes-kes yang lebih ekstrem, hacktivism digunakan sebagai alat untuk Perang cyber(Cyberterrorism).


Tips Keselamatan ICT

Tips Keselamatan ICT

 

1) Rahsiakan kata laluan

•             Gunakan kata laluan yang kukuh melalui gabungan nombor, huruf, tanda dan simbol.

•             Jangan berkongsi kata laluan dengan kawan-kawan.

•             Simpan kata laluan di tempat yang selamat.Jangan menampal kata laluan di merata tempat cth: Monitor, Keyboard dan lln.

•             Kata laluan menima mestilah 8 aksara.

•             Tukar kata laluan setiap 5 bulan.

2) Salin Maklumat Penting

•             Buat salinan dan simpan di tempat yang selamat.

•             Selalu membuat salinan pada CD,Tape atau Cakera Liut.

•             Simpan maklumat yang penting pada lokasi kedua pemacu D: selain lokasi Pemacu C: atau file system Windows.

•             Membuat salinan Email,Document,Excel atau Database.

•             Jikalau sebarang kerosakkan atau masalah pada komputer atau Cakera keras, maklumat atau data yang penting dapat diselamatkan.

3) Gunakan perisian anti-virus

•             Pastikan computer anda terdapat perisian antivirus! Perisian antivirus direka untuk mengesan Virus,Adware,Trojan dan lln dalam sistem komputer.

•             Sentiasa kemaskini definasi virus dan perisian antivirus.Ini membolehkan ia dapat mengesan virus yang terkini.

•             Pastikan definasi virus sentiasa dikemaskini setiap hari. Jikalau definasi virus tidak dikemaskini, perisian antivirus tersebut tidak dapat mengesan virus yang terkini.

•             Jauhi komputer anda dari serangan virus.

•             Perisian Antivirus USM : Symantec Antivirus V 10 untuk Windows XP,2000 dan 2003. Symantec Antivirus V 8.1 untuk Windows 98.

4) Kemaskini Windows “ Patches “

•             Sentiasa membuat kemaskini windows apabila dikeluarkan oleh Microsoft.

•             Membuat kemaskini Windows secara Automatik.

•             Muatturun “ patches “ mengikut windows yang digunakan dan berkaitan di Laman webhttp://infosec.usm.my/

5) Berwaspada apabila memuat turun program atau fail dari Internet

•             Jangan sesekali memuatturun file atau program yang tidak anda ketahui.

•             Jikalau sesuatu proram atau message muncul pada tertingkap secara tiba-tiba, jangan sesekali membuka atau simpan program tersebut.

 

6) Jangan buka e-mel dari penghantar yang tidak dikenali

•             Berhati-hati apabila membuka email.

•             Terus delete jika anda menerima email daripada penghantar yang tidak dikenali.

•             Jangan membuka email daripada orang yang anda kenali atau yang anda tidak kenali yang mengandungi attachment atau Subject email ynag tidak berkaitan dengan kerja.

•             Mereka yang selalu menerima dan mengforward email-email yang tidak berkaitan dengan urusan pejabat, harap dapat mengurangkan aktiviti tersebut

7) Jangan biarkan computer anda berada atas talian jika tidak digunakan

•             Apabila kita berada di atas talian Internet, kita berada dia atas talian dua hala.Kita menghantar dan menerima maklumat masa yang sama.

•             Seseorang boleh mendapat capaian dari computer kita , jikalau kita tidak memutuskan talian internet.

8) Log Off Komputer anda sebelum keluar pejabat

•             Sentiasa Log Off computer jikalau anda tiada dalam bilik atau pejabat.

•             Jangan membenarkan orang lain menggunakan komputer anda tanpa kebenaran anda.

9) Layari Laman Web Keselamatan ICT USM
•             Sentiasa layari laman web http://infosec.usm.my mendapat maklumat terkini

Definisi penuh e-dagang adalah mengeksploitasi teknologi dan aplikasi untuk menghubungkan sistem perniagaan yang kritikal secara terus kepada pelanggan, pekerja dan pembekal melalui Intranet, Extranet dan WWW, tak kira saiz, lokasi dan jenis perniagaan. Antara syarat e-dagang memerlukan pengemaskinian maklumat mutakhir dalam proses pentadbiran dan perniagaan.

Perdagangan elektronik, E-dagang atau dalam bahasa Inggerisnya Electronic Commerce (EC) adalah sebuah sistem perniagaan dan jual beli yang banyak menggunakan kemudahan teknologi maklumat terutama telekomunikasi canggih sehingga dapat melindungi dan memuaskan pengguna-penggunanya iaiitu yang terdiri daripada penjual, pembeli dan pihak-pihak yang ketiga seperti bank, syarikat kewangan, syarikat kad kredit, pengeluar sijil pengesahan digital dan lain-lain lagi.

Kebelakangan ini, ianya banyak menggunakan Internet khususnya Web untuk mengadakan satu rangkaian yang menyatukan pelanggan, penjual dan pihak-pihak ketiga dalam satu persekitaran elektronik yang selamat untuk semua pihak dan boleh dipercayai.

Dengan E-dagang sesebuah syarikat atau individu boleh melakukan transaksi jual dan beli dari dan di mana sahaja di dunia ini. Pra syarat terpenting untuk menjalankan perniagaan dalam suasana yang menggunakan teknologi E-Dagang ini ialah pemilikan kelengkapan IT yang sesuai dan prasarana telekomunikasi yang membolehkan anda mengkases Internet. Ini sudah tentunya bermula dengan sebuah komputer, modem dan talian telefon.

Penggunaan E-dagang dijangka akan melonjak naik dari setahun demi setahun sesuai dengan meningkatan penerimaan IT di kalangan masyarakat, walau bagaimanapun di antara yang membelenggu penerimaan e-dagang secara lebih meluas di kalangan khalayak ramai ialah persepsi bahawa e-dagang masih tidak boleh dipercayai dari segi keselamatan dan kepercayaannya berbanding dengan cara-cara tradisional perdagangan.

Jenis-jenis E-dagang

E-dagang dapat dibahagikan kepada dua jenis utama iaitu di antara perniagaan dan perniagaan dan yang keduanya di antara perniagaan dan pengguna.

Jenis e-dagang yang pertama iaitu di antara perniagaan dan perniagaan melibatkan transaksi di antara dua atau lebih perniagaan atau syarikat di mana seringkali satu pihak merupakan syarikat pembekal kepada satu pihak yang lain. Sebagai contohnya pengeluar kicap akan berinteraksi dengan sebuah pasaraya dalam proses memesan, menghantar dan membayar pesanan botol-botol kicap.

Jenis e-dagang yang kedua pula iaitu di antara perniagaan dengan pengguna pula melibatkan transaksi di antara penjual akhir sesuatu produk itu misalnya sebuah pasaraya yang menjual produk-produk kepada pengguna terakhir ialah orang ramai yang memesan satu atau dua botol kicap melalui e-dagang.

Dari segi jumlah transaksi yang dilakukan melalui e-dagang, jenis pertama iaitu transaksi di antara perniagaan dengan perniagaan sebenarnya paling banyak memberi kemanfaatan kepada sesebuah syarikat itu kerana jumlah pesanan di antara perniagaan seringkali besar dan kerap berbanding dengan di antara perniagaan dengan pengguna akhir.

Walau bagaimanapun perkara ini mungkin berubah apabila lebih ramai pengguna akhir menggunakan e-dagang untuk membeli barangan seharian seperti kicap, bunga, beras, baju, kereta dan lain-lain keperluan konsumer sesebuah mesyarakat itu.

Saiz E-dagang

Menurut statistik yang dikeluarkan oleh statista.com, 40 peratus pengguna internet diseluruh dunia membeli-belah melalui internet.

Dianggarkan seramai 1.2 bilion pengguna pada tahun 2015 membuat pembelian melalui internet dan dijangkakan akan terus meningkat.

Pada tahun 2013 jumlah transaksi e-dagang adalah sebanyak AS$1.2 trilion yang diurusniagakan dalam talian dan jumlah ini dijangkakan akan terus meningkat.

Skop E-dagang

Secara amnya, pasaran E-dagang meliputi enam bidang iaitu pengiklanan, pendidikan, kewangan, bidang professional, peruncitan dan pelancongan. Keenam-enam bidang ini telah menyumbang kepada pertumbuhan E-dagang yang memberangsangkan.


Kelebihan-kelebihan teknologi kepada usahawan:

    1. Teknologi ialah antara kelebihan penting kepada setiap usahawan yang progresif dan mahu sentiasa membangun.
    2. Boleh menaikkan imej dan kredibiliti usahawan.
    3. Mengembangkan perniagaan ke negara-negara lain dengan mewujudkan teknologi moden seperti internet dan e-dagang.
    4. Mendapat maklumat mengenai promosi atau aktiviti syarikat dengan lebih cepat dan tepat, melalui pelbagai bentuk media.
    5. Meningkatkan produktiviti usahawan.
      • Para usahawan dapat berkongsi dan menyebarkan maklumat dengan lebih pantas, efisyen dan tepat melalui emel, SMS dan pelbagai medium lain.
    6. Berkongsi, menyimpan dan menyebar maklumat.
      • Pembentangan produk boleh dilakukan pada bila-bila masa dan lebih menarik dengan informasi yang tersimpan di dalam komputer atau tablet PC.
      • Maklumat stok serta pelbagai strategi lain lebih mudah disimpan dan dirujuk dengan menggunakan perisian terkinu untuk memastikan perniagaan berjalan dengan lancar.
      • Menyimpan maklumat pengguna dan produk belian mereka dengan efisien dan ini memastikan pengulangan pembelian kerana servis lepas jualan yang pro-aktif dan pantas.
    7. Bersedia utntuk pembangunan masa depan.
      • Teknologi dapat memastikan statistik dan maklumat digunakan dengan cara yang terbaik bagi perancangan bisnes masa depan. Ia juga berkembang dengan pantas, selari dengan perkembangan dunia perniagaan.
    8. Penggunaan masa yang lebih efisien serta mencipta peluang pekerjaan yang baru.
    9. Memperbaiki mobiliti pernigaan.
      • Teknologi telah memperbaiki jualan syarikat dngan membenarkan stokis menggunakan alat-alat elektronik peribadi untuk membuat paparan jualan serta menghantar pesanan dan maklumat pelanggan ke pejabat dengan cepat.
      • Alat-alat elektronik ini telah memendekkan masa yang diperlukan oleh syarikat untuk menerima dan menghantar barangan atau perkhidmatan dan seterusnya mewujudkan kelebihan berdaya saing dalam industri.
    10. Komunikasi
      • Dengan bantuan teknologi, proses komunikasi telah menjadi lebih murah, cepat dan efisien.
    11. Keberkesanan kos.
      • Teknologi membolehkan proses perniagaan dikomputerkan diaman perniagaan akan mendapat pulangan yang tinggi dengan menggunakna peralatan mesin yang berteknologi.
    12. Globalisasi.
      • Ia bukan sahaja menunjukkan perhubungan dunia yang rapat tetapi juga membenarkan ekonomi di dunia ini menjadi satu sistem yang bersifat saling-bergantung.

Perhubungan harmoni di antara teknologi dan perniagaan harus diwujudkan. Sekiranya penggunaan teknologi diabaikan, perniagaan akan hilang daya saing sama ada di peringkat tempatan atau global.

PERDAGANGAN ELEKTRONIK

Perdagangan Elektronik juga dikenali sebagai e-dagang (Electronic Commerce). Ia adalah sebuah sistem perniagaan yang menggunakan kemudahan teknologi maklumat terutamanya telekomunikasi canggih. E-dagang boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu e-dagang di antara perniagaan dengan perniagaan dan e-dagang di antara perniagaan dengan pengguna. E-dagang di antara perniagaan dengan perniagaan melibatkan transaksi di antara dua atau  lebih syarikat di mana satu pihak merupakan syarikat pembekal kepada satu pihak yang lain. E-dagang di antara perniagaan dengan pengguna pula melibatkan transaksi di antara penjual produk akhir dengan pengguna.

E-dagang menggunakan Internet untuk mewujudkan satu rangkaian yang menyatukan pelanggan, penjual dan pihak ketiga seperti bank, syarikat kewangan, syarikat kad kredit dan sebagainya dalam satu persekitaran elektronik yang selamat untuk semua pihak. Dengan adanya e-dagang, sesebuah syarikat atau individu boleh melakukan transaksi jual beli di mana sahaja di dunia ini. Ia kini digunakan secara meluas terutamanya di negara-negara barat malah diakui oelh syarikat antarabangsa dan pakar pasaran sebagai satu sektor perniagaan dan pemasaran yang tidak boleh diabaikan.

Internet pula boleh menjadi salah sebuah lokasi perniagaan utama yang menjalankan urusan jual beli barangan dan perkhidmatan dalam dua cara iaitu yang pertama, memasarkan serta menjual barangan dan perkhidmatan dan menerima pembayaran elektronik. Cara yang kedua ialah mewujudkan rangkaian korporat persendirian yang dipanggil Intranet yang membolehkan pengguna membei barangan di rumah atau tempat perniagaan.

Kelebihan e-dagang dan Internet:

    1. Urusan jual beli dapat dijalankan dengan lebih mudah dan cepat di samping menjimatkan kos.
    2. Para peniaga boleh membuat promosi dengan mengiklankan produk mereka melalui kemudahan Internet.
    3. Ia membantu syarikat untuk meluaskan pasaran di serata dunia.
    4. Ia membantu mengintegrasikan semua bahagian dalaman syarikat dengan sesebuah transaksi perniagaan untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan.
      • Contohnya seseorang pelanggan akan mendapat barang tempahannya dalam tempoh yang singkat di mana e-dagang membolehkan tempahan pelanggan dihantar dengan serta-merta kepada bahagian dalaman syarikat yang berkenaan untuk diproses dengan segera.

Kesimpulan

Pendek kata, teknologi telah memberi manfaat kepada para pengguna malah memberikan kemudahan dan kebaikan kepada syarikat. Ia juga menjadi salah satu faktor penting yang memaksimumkan hasil sesebuah syarikat.

PENGENALAN


            Perkembangan teknologi maklumat perniagaan telah banyak menyumbang kemajuan dalam bidang perniagaan. Hampir semua jenis perniagaan pada hari ini banyak bergantung kepada penggunaan teknologi maklumat perniagaan terutama dalam mentadbir perniagaan tersebut. Selain daripada membantu dalam bidang perniagaan, penggunaan teknologi maklumat perniagaan ini juga telah banyak membantu manusia dalam mengurus hal-hal harian mereka.

            Dalam industri berkaitan dengan pengangkutan, penggunaan teknologi maklumat perniagaan ini dapat membantu mengurangkan kos pentadbiran dan dapat mempercepatkan proses sesuatu kerja. Selain ini penggunaan teknologi maklumat perniagaan dalam industri pengangkutan juga secara tidak langsung dapat mengurangkan kemalangan yang berlaku.

            Mengikut kajian yang dilakukan, syarikat pengangkutan yang melaksanakan penggunaan teknologi maklumat perniagaan dalam perniagaan mereka telah menunjukan pertumbuhan yang memberangsangkan dalam jangka masa yang singkat. Antara penggunaan teknologi maklumat perniagaan dalam industri pengangkutan adalah seperti penjualan tiket secara atas talian, penjadualan baikpulih kenderaan secara sistematik, penjualan perjalanan kenderaan berkomputer, dan sebagainya.

            Dalam mengurus sesuatu perniagaan juga ketepatan data dan maklumat adalah penting, ini ialah untuk mengelakkan berlakunya sesuatu yang tidak diingini pada masa akan dating. Penggunaan sistem berasaskan komputer akan dapat memberikan ketepatan data dan maklumat kepada pihak pentadbiran, bagi membolehkan pihak pentadbiran mentadbir perniagaan masing-masing dengan lebih sistematik.

Tuesday, February 9, 2016


KESUKARAN & MISKONSEPSI TERHADAP KESELAMATAN KOMPUTER

 

MISKONSEPSI

Sumber ancaman komputer:-

Sumber alam semula jadi

i.              Cuaca, seperti panas, kelembapan yang boleh merosakkan media simpanan data dan mengurangkan jangka hayat sesuatu peralatan.

ii.            Kebersihan dari habuk dan sebagainya yang boleh menentukan jangkahayat peralatan yang mempunyai bahagian mekanikal yang bergerak seperti pencetak, mesin OMR dan hard disk.

iii.           Bencana alam seperti gempa bumi, kebakaran dan banjir.

 

Sumber ancaman daripada manusia:-

o   Kecurian

o   Virus komputer

o   Penggodam (hackers)

o   Pengintipan (spyware)

o   Pornografi

o   Pencerobohan (pharming)

o   Brute Forge

o   Dialer

o   Adware

 

Keselamatan katalaluan (Password)

Katalaluan adalah merupakan kunci atau pin yang menjadi hak individu,ia perlu dirahsiakan dari pengetahuan orang lain.

Bagi menjamin keselamatan katalaluan pengguna perlulah mematuhi prosedur berikut:-

            i. Sekiranya katalaluan telah dicuri atau disyaki dicuri, laporan hendaklah dibuat kepada pentadbir sistem ICT dan kata laluan sedia ada hendaklah diubah dengan serta merta.

            ii. Katalaluan perlu ditukar sekerap mungkin dan dicadangkan sekurang-kurangnya sebulan sekali.

            iii. Panjang Kataluan hendaklah mempunyai sekurang-kurangnya lapan (8) aksara dengan gabungan alphanumeric huruf kecil dan besar serta simbol khas.

            iv. Katalaluan hendaklah dihafal dan jangan sekali-kali disalin di mana-mana  media terutama menulisnya disebelah monitor.

 

Penggunaan anti-virus

Antara tugas perisian antivirus adalah untuk menyemak data yang keluar masuk.

Ini boleh diibaratkan dengan adanya pengawal keselamatan yang menjaga keamanan dan memeriksa setiap pelajar yang keluar masuk ke sekolah.

Apakah yang akan terjadi sekiranya tiada pengawal keselamatan yang menjaga keselamatan sekolah ?

Dan juga, apakah dengan adanya pengawal keselamatan, keselamatan pasti dapat dijamin 100% ?

 Sudah tentu tidak. Pastikan antivirus sentiasa dikemaskini supaya dapat menangani serangan virus yang baru.

Sebuah sistem komputer yang dilengkapi perisian antivirus yang tidak dikemaskini boleh dianggap sebagai sistem yang langsung tidak mempunyai perisian tersebut.

    Sekiranya saya menggunakan dua perisian antivirus, mesti komputer saya lebih selamat daripada ancaman…

Bagaimana pula sekiranya ada 2 atau lebih perisian yang cuba berebut-rebut untuk melakukan pengimbasan?

            Sudah tentu ianya akan membawa kepada masalah yang lain kepada sistem komputer kita.

 

Penggunaan Pemacu Pena

Mampu dijadikan agen penyebar virus.

Setiap kali pemacu pena ini disambungkan kepada sebuah sistem komputer, kita haruslah periksa dahulu pemacu tersebut dengan perisian antivirus untuk mengelak dari sebarang masalah.

 

Penerimaan gambar / fail

Virus yang mungkin boleh anda terambil terutamanya semasa di chat room tiba-tiba seseorang menghantar fail tanpa kebenaran yang kemungkinan itu adalah virus.

BAB 3: TEKNOLOGI PEMASARAN

Apa itu Blog…


Blog adalah ringkasan bagi weblog dan ia merupakan satu jenis web yang boleh dikategori/diumpamakan sebagai online journal ataupun online diari yang mengandungi cetusan rasa, pendapat peribadi, perkongsian maklumat atau dalam apa sahaja bentuk penulisan.

Blog biasanya sentiasa dikemaskini setiap hari mengikut kemahuan pemiliknya. Ia berkonsepkan post atau artikel yang mempunyai kronologi atau dikenali sebagai Reverse Chronical Order. Dalam maksud mudah, post yang lama akan berada di bawah post yang terbaru dan seterusnya. Kebiasannya blog dimiliki oleh individu dan kandungannya pula sentiasa dikemaskini serta mempunyai fungsi komen untuk membolehkan pembaca memberikan sebarang komen bagi setiap artikel yang diterbitkan.

Blog biasanya dipersembahkan dalam bentuk teks dan ditambah dengan sedikit gambar. Tetapi kini, blog dipersembahkan dalam pelbagai cara seperti photo blog dan video blog. Terdapat banyak laman web yang menyediakan perkhidmatan blog samada secara percuma atau prabayar. Antara yang popular dan percuma seperti :

Blogger.com

Wordpress.com

tblog.com

ketika ini, perisian WordPress merupakan perisian blog yang amat popular di kalangan webmaster disebabkan mudah digunapakai mengikut kemahuan sendiri dan mempunyai banyak plug-in yang hebat. Selain itu, ia juga mesra pengguna dan mudah di index oleh enjin carian.







BAB 3 : TEKNOLOGI PEMASARAN

Kriteria Laman Web yang baik

ü  Terdapat beberapa perkara penting yang harus diambil kira semasa mereka bentuk laman web.Tips berikut amat bagus bagi menghasilkan laman web yang baikdan menggembirakan pengunjung anda.

Reka bentuk laman web yang simple  dan mudah

ü  Tujuan membina laman web ialah untuk menyampaikan info tentang produk anda kepada pelawat.

ü  Laman web yang ringkas.

ü  Elakkan menggunakan gambar dan animasi yang terlalu banyak sehingga mengganggu focus pengunjung anda terhadap info yang anda sediakan.

Objektif

ü  Pastikan anda tahu dan faham apa tujuan laman web tersebut dibina kerana ia akan mempengaruhi pelbagai aspek rekabentuk laman web seperti penggunaan warna, sasaran penggunaan, teknologi ,dsb.

ü  Isi laman web juga haruslah focus kepada objektif.

Kedudukan link/menu perlu konsisten.

ü  Anda perlu menyediakan link pada kedudukan yang tetap.

ü  Jika dalam fail utama link berada dibahagian tengah atas, pastikan page lain juga mempunyai link pada kedudukan yang sama.

Gambar

ü  Gambar yang digunakan hendaklah optima supaya ia cepat dilod dan tidak terlalu berat.

ü  Rekabentuk grafik yang menarik menjadikan laman web anda unik dan menarik di pandangan mata pengunjung, tetapi ingat, hanya letak gambar-gambar yang berkaitan sahaja(gambar produk anda).

ü  Pemilihan konsep warna yang sesuai juga amat penting.

Navigasi

ü  Apa itu navigasi? Navigasi ialah perjalanan web anda dari satu halaman ke satu halaman berdasarkan link yang anda telah buat.

ü  Pastikan anda mereka bentuk link/menu anda dengan jelas dan mudah untuk dilihat pengunjung.

ü  Pilih warna yang sesuai supaya ianya dapat dibezakan dan kelihatan jelas.

ü  Penting : pastikan navigasi yang mudah untuk proses pembelian dan pembayaran.


Logo dan nama

ü  Pastikan logo atau nama laman web anda dipaparkan dengan jelas kerana ianya adalah identiti perniagaan anda.

Font

ü  Anda perlu pilih font yang standard sahaja seperti Arial, Verdana atau Times New Roman.

ü  Jika anda menggunakan font yang bukan standard, ada 2 perkara mungkin berlaku :

·         Menyusahkan pengunjung anda membaca. (Font Script)

·         Mungkin ada pengunjung yang tidak dapat melihat dan membaca kerana font tersebut tiada di dalam computer mereka.

Cara menghubungi anda

ü  Anda perlu sediakan kaedah atau cara bagaimana pengunjung boleh menghubungi anda sama ada melalui email,form atau telefon.

Isi kandungan web anda.

ü  Anda perlu pastikan maklumat yang anda sediakan dalam web adalah berkaitan dengan perniagaan anda dan mencukupi, kerana pengunjung akan merasa puas hati dengan info yang lengkap.

ü  Mereka mungkin akan membuat belian jika mereka yakin dengan produk anda.

Link

ü  Pastikan link yang anda buat di laman web berfungsi.

Susunan

ü  Pastikan susunan grafik, button, text, dan link disusun dengan baik dan tersusun.

ü  Laman web yang berterabur membuatkan pengunjung tidak akan lawati web anda untuk kali ke-2 dan seterusnya.

·         Tips:

·         Cara terbaik untuk anda mendapat idea bagaimana membina laman web ialah dengan melihat lamn web orang lain.

·         Rekabentuk laman web yang baik mengandungi 3 unsur utama iaitu:

o   Menarik (attractive)

o   Mudah digunakan (user friendly)

o   Laman web bermaklumat (full of information)

·         Ingat, tujuan anda membina laman web bukan semata-mata untuk menghasilkan laman web yang cantik dan menarik.

·         Tetapi yang lebih penting ialah maklumat dan mesej yang anda ingin sampaikan kepada pengunjung tercapai.


BAB 3: TEKNOLOGI PEMASARAN.

9 Tips Menguruskan Perniagaan Online.


1.    Ucapan dan bahasa yang sopan dan mesra

·         Ucapan salam dan selamat setiap kali anda memulakan perbualan dengan pelanggan anda.

·         Layanan pelanggan online anda dengan sopan dan mesra tapi bukan mengada- gada walaupun pelanggan anda tidak nampak, tapi melalui perkataan-perkataan yang anda taip di keyboard boleh dizahirkan di skrin komputer mereka.

·         Jika anda menaip sambil senyum dan ikhlas ia akan sampai ke pelanggan online anda.

·         Begitu juga di media sosial

·         Anda pastikan menggunakan bahasa yang sopan dan positif.


2.    Jawab respon secepat mungkin.

·         Perlu alert dengan responds dari pelanggan.

·         Jika pelanggan meminta anda untuk Pm anda ke inbox beliau, lakukan segera.

·         Jika anda lambat menjawab kemungkinan besar pelanggan akan mencari seller yang lain atau mungkin juga “hilang keterujaan” untuk membeli.


3.    Boleh bertolak ansur

·         Bertolak ansur ini ialah jangan terlalu rigid, contohnya, harga barang yang dijual RM 59.50, tambah postage RM6.00 menjadikan jumlah RM 65.50.

·         Pelanggan minta kurang RM0.50 pun tak boleh dan tolak mentah-mentah permintaan pelanggan.

·         Mungkin pelanggan akan membeli, tapi itu yang pertama dan kali terakhirlah dia berurusan dengan anda.

·         Sayangkan kerana RM 0.50 anda hilang pelanggan setia.







4.    Harga berpatutan dan berkualiti seperti gambar

·         harga mampu milik, jangan jual harga untuk dapatkan keuntungan berganda sedangkan harga barangan di pasaran jauh lebih murah.

·         Mungkin pelanggan akan merasa tertipu sekiranya dia tahu harga sebenar barangan tersebut di pasaran jauh lagi murah.

·         Jika anda menjual dengan menggunakan gambar, pastikan gambar adalah gambar sebenar produk dan tidak diedit berlebihan sehingga jauh dari keadaan asal.

·         Jika ada sebarang defect sila beritahu pelanggan anda dalam erti kata lain, JUJUR ketika berurusniaga.


5.    Minta Maaf biarpun kesilapan kecil.

·         Mengalah dengan pelanggan anda biarpun anda tahu anda benar.

·         Mengalah tak bererti anda kalah dan minta maaf bukan semestinya anda salah.

·         Jadi jika berlaku perselisihan faham, selesaikannya dibelakang tabir, jangan jejaskan reputasi anda di Wall FB atau media sosial lain.


6.    Memberi penjelasan sehingga difahami.

·         Memberi kefahaman kepada pelanggan tentang produk yang dijual.

·         Penjelasan anda akan membuatkan dia lebih jelas dengan barangan tersebut dan juga akan menimbulkan satu kepercayaan kepada anda sebagai penjual.

·         Kepercayaan yang ada perlukan untuk bertahan dalam perniagaan online ini.


7.    Pantas membuat pengeposan barang jualan.

·         Jangan biarkan pelanggan anda tertunggu-tunggu.

·         Lagi pantas anda membuat penghantaran barang, lagi suka pelanggan anda terhadap anda.

·         Perkhidmatan yang cekap dan pantas adalah kunci utama kejayaan sesebuah perniagaan.

·         Jika anda ‘terpaksa’ terlewat menhantar. Maklumkan kepada pelanggan anda secepat mungkin dan jelaskan padanya.

·         Kelewatan boleh menyebabkan anda kehilangan pelanggan setia.


8.    Jangan salah hantar barang.

·         tapi anda perlu bertanggungjawab untuk menyelesaikannya, bukan memaksa pelanggan menerima sahaja apa yang sampai kepadanya.

·         Berusahalah untuk memuaskan hati mereka.

·         Jadi peniaga yang bertanggungjawab.


9.    Follow Up selepas penghantaran.

·         anda perlu lakukan sekiranya anda inginkan pelanggan setia bukan pelanggan yang hanya membeli hanya sekali kemudian hilang.

·         1 step ialah tanyakan perihal barangan sama ada sudah diterima atau belum.
Bagaimana keadaan barang yang diterima atau apa sahaja yang  boleh anda follow up bagi membina kepercayaan pelanggan