Bab-Bab Teknologi Maklumat

Tuesday, February 9, 2016


Jenis - Jenis Ancaman Komputer

Virus 

 

Satu program atau kod yang membiak dengan menjangkiti fail atau program lain di dalam komputer tanpa disedari

Contoh :

        •  Virus di dalam ‘windows’ dan ‘hard disk’

•  Merebak menerusi e-mel, disket, ‘pendrive’ 

 

Cecacing (Worm)

 

Satu program yang berupaya membiak dengan menyalin dirinya sendiri. Ia tidak perlu menjangkiti fail-fail atau program-program lain terlebih dahulu.

Contoh :

•   Merebak menerusi sistem rangkaian seperti e-mel dan

     perkongsian ‘folder’

•   Boleh juga merebak menerusi disket dan ‘Pen drive’Cec

 

Trojan Horse

 

Program yang menyamar diri kepada program lain sebagai satu mesej atau program tertentu untuk memperdaya pengguna.

Contoh :

•  Mesej yang dipaparkan mengelirukan pengguna.

•  Memberi laluan kepada hacker untuk menggodam komputer.

 

Adware

 

Program yang menghantar iklan kepada pengguna melalui “pop-up” atau melalui antaramuka program yang lain.Ia dimuat turun secara disedari atau tidak menerusi ‘shareware’ atau ‘freeware’, atau  ‘email’.

 

Spyware

 

 

Program yang berupaya mengintip dan mengesan maklumat yang terdapat di dalam komputer pengguna

dan aktiviti- aktiviti yang sering mereka lakukan menerusi talian internet. Maklumat yang dikumpul biasanya ‘password’,‘no akaun’, ‘maklumat peribadi ’ untuk dihantar kepada ‘hacker’ 

 



Hacker

 

Individu yang menceroboh sistem komputer tanpa kebenaran untuk melihat data, mencuri data dan melakukan kerosakan-kerosakan lain

 

Spam

 

Dikenali sebagai ‘junk email’ atau email yang dikategorikan sebagai email sampah yang masuk secara automatik dan menyesakkan ‘inbox’ pengguna.

 

Phishing

 

Satu bentuk penipuan menerusi email untuk mendapatkan maklumat peribadi.

Contoh :

Email yang diterima daripada bank meminta melakukan  transaksi secara ‘online’ di laman web palsu dan membolehkan ‘password’  dan maklumat peribadi dicuri. 

 

Dialer

 

Satu eksploitasi ke atas sistem modem (dial up) untuk tujuan mengaut keuntungan 

Contoh : Mencuri Line Telefon

No comments:

Post a Comment