Bab-Bab Teknologi Maklumat

Tuesday, February 9, 2016


DEFINISI E-PERUNCIT:

Aktiviti jual barang dan perkhidmatan secara langsung dari peruncit kepada pengguna akhir.

FUNGSI PERUNCIT

1.    MEMECAHKAN PUKAL
menjual dalam kuantiti yang lebih kecil kepada pengguna akhir.

2. MENYEDIAKAN KEMUDAHAN KREDIT
kepada pelanggan tetap

3. PERKHIDMATAN SELEPAS JUALAN
menghantar barang ke rumah

4.    MEMBERI KHIDMAT NASIHAT DAN MENYAMPAIKAN MAKLUMAT
cita rasa dan sambutan pengguna – berguna kepada pengeluar – mutu produk
menasihati pengguna – mutu, harga dan cara guna serta produk terbaru

5. MENDIRIKAN PREMIS PERNIAGAAN BERHAMPIRAN PELANGGAN
mudah dikunjungi  – menjimatkan kos pengangkutan dan masa.

6. MENGURUS STOR
memastikan bekalannya sentiasa mencukupi

7.    MELAKUKAN KERJA-KERJA AKHIR
menggred, menimbang, membungkus

8. MENGAGIHKAN BARANG-BARANG
berperanan sebagai orang tengah antara pengguna dengan pemborong atau pengeluar
Jenis Perniagaan Runcit
perniagaan runcit terdiri drpd perniagaan runcit kecil-kecilan dan besar-besaran.
perniagaan runcit kecil-kecilan terdiri drpd peruncit tanpa kedai dan berkedai
peruncit tanpa kedai terdiri drpd penjaja dan pegerai
peruncit berkedai terdiri drpd pekedai am dan pekedai khusus
perniagaan runcit besar-besaran pula terdiri drpd pasar raya, gedung aneka jabatan, pasar raya besar, kedai sejaras dan koperasi runcit bentuk lain peruncitan terdiri drpd mesin peruncitan automatik, pesanan mel, francais, jualan langsung, e-dagang, televisyen interaktif dan kedai katalog.
Contoh Jenis Perniagaan Runcit Kecil-kecilan
Perniagaan runcit tanpa kedai
tidak mempunyai premis tetap.
bergerak dari satu tempat ke tempat lain.
berbentuk milikan tunggal.
perlu dapatkan lesen daripada kerajaan tempatan
terdiri drpd pegerai dan penjaja
Pegerai – gerai kecil di suatu lokasi yang tetap – di kaki lima, pasar besar
Terdiri drpd gerai tetap dan gerai sementara
Penjaja – secara bergerak dari satu tempat ke tempat lain
berjalan kaki atau berkenderaan.
contoh – penjual ais krim dan roti.

Peruncit berkedai

beroperasi di premis tetap.

di kampung atau bandar besar.

berbentuk milikan tunggal atau perkongsian.

mendaftar dengan Pendaftar Perniagaan,

dan lesen perniagaan daripada kerajaan tempatan

Kedai am – kedai yang menjual pelbagai jenis barang.

Contohnya, kedai runcit

Kedai khusus – kedai yang menjual satu jenis atau sekumpulan barang atau menyediakan perkhidmatan khusus.

Contoh kedai khas ialah kedai buku Popular atauKedai gunting rambut


CIRI PERNIAGAAN RUNCIT KECIL-KECILAN

Ciri-ciri Perniagaan runcit kecil-kecilan

1. MODAL YANG KECIL

diperoleh daripada simpanan peruncit sendiri atau pinjaman daripada ahli keluarga, sahabat handai dan bank

2. DIMILIKI OLEH SEORANG PENIAGA ATAU BERKONGSI.

Urusan perniagaan – dikawal oleh pemilik sendiri.

menikmati pelbagai faedah seperti semua keuntungan

cukai pendapatan yang dikenakan rendah

3. MUDAH DITUBUHKAN

tidak terdapat banyak peraturan

memerlukan modal yang kecil

perlu mendaftar dengan Pendaftar Perniagaan,

dan lesen perniagaan daripada kerajaan tempatan

4. MUDAH DIURUS

kerana saiznya yang kecil

dikendalikan oleh pemilik sendiri, ahli keluarganya atau pembantu

5. LOKASI PERNIAGAAN

berdekatan tempat tinggal pelanggan

menjual dari pintu ke pintu

6. LAYANAN PERIBADI

penghantaran barang ke rumah, pembaikan dan pemasangan barang

7. KOS OVERHED YANG RENDAH

tidak perlu membayar sewa, cukai perniagaan yang tinggi atau iklan yang mahal.


PERNIAGAAN  DIJALANKAN SECARA KECIL-KECILAN KERANA :


·         Modal kecil

·         Mudah ditubuhkan

·         Mudah diurus

·         Mudah dikunjungi pelanggan

·         Murah kos overhed

PERUNCIT BESAR-BESARAN

Maksud Peruncit Besar-besaran ialah :


·         perniagaan runcit yang beroperasi dalam skala yang besar

·         terletak – kawasan bandar.

·         berbentuk – syarikat berhad dan bermodal besar.

·         Modal– besar, dikumpul melalui terbitan syer

·         Penubuhan – rumit, Akta syarikat 1965

·         Belian – membeli stok secara pukal terus daripada pengeluar.

·         Jualan – tunai, elak hutang lapuk

·         Pengurusan – lebih rumit dan sukar – saiz organisasi yang besar – di bawah kakitangan profesional – pengkhususan, teknologi – moden.

·         Kemudahan – untuk keselesaan pelanggan – iringan muzik, tandas, hawa dingin.

·         Ciri-ciri Perniagaan runcit besar-besaran

·         Perbezaan perniagaan runcit kecil-kecilan  dgn perniagaan runcit besar-besaran ialah :

        I.            Modal

      II.            Pemilikan

    III.            Penubuhan

    IV.            Pengurusan

      V.            Cara belian

    VI.            Cara jualan

  VII.            Layanan

VIII.            Lokasi

    IX.            Kos overhed

      X.            Perkhidmatan lepas jualan

    XI.            Kemudahan

No comments:

Post a Comment