Bab-Bab Teknologi Maklumat

Wednesday, February 10, 2016


PENGENALAN


            Perkembangan teknologi maklumat perniagaan telah banyak menyumbang kemajuan dalam bidang perniagaan. Hampir semua jenis perniagaan pada hari ini banyak bergantung kepada penggunaan teknologi maklumat perniagaan terutama dalam mentadbir perniagaan tersebut. Selain daripada membantu dalam bidang perniagaan, penggunaan teknologi maklumat perniagaan ini juga telah banyak membantu manusia dalam mengurus hal-hal harian mereka.

            Dalam industri berkaitan dengan pengangkutan, penggunaan teknologi maklumat perniagaan ini dapat membantu mengurangkan kos pentadbiran dan dapat mempercepatkan proses sesuatu kerja. Selain ini penggunaan teknologi maklumat perniagaan dalam industri pengangkutan juga secara tidak langsung dapat mengurangkan kemalangan yang berlaku.

            Mengikut kajian yang dilakukan, syarikat pengangkutan yang melaksanakan penggunaan teknologi maklumat perniagaan dalam perniagaan mereka telah menunjukan pertumbuhan yang memberangsangkan dalam jangka masa yang singkat. Antara penggunaan teknologi maklumat perniagaan dalam industri pengangkutan adalah seperti penjualan tiket secara atas talian, penjadualan baikpulih kenderaan secara sistematik, penjualan perjalanan kenderaan berkomputer, dan sebagainya.

            Dalam mengurus sesuatu perniagaan juga ketepatan data dan maklumat adalah penting, ini ialah untuk mengelakkan berlakunya sesuatu yang tidak diingini pada masa akan dating. Penggunaan sistem berasaskan komputer akan dapat memberikan ketepatan data dan maklumat kepada pihak pentadbiran, bagi membolehkan pihak pentadbiran mentadbir perniagaan masing-masing dengan lebih sistematik.

No comments:

Post a Comment