Bab-Bab Teknologi Maklumat

Monday, February 8, 2016

BAB 1
MEDIA PENGHANTARAN

  • Kabel digunakan untuk menyambungkan secara fizikal peralatan dalam rangkaian supaya penghantaran dan penerimaan data boleh berlaku di antara peralatan tersebut.

4 JENIS MEDIA PENGHANTARAN YANG UTAMA :

  • Kabel Coaxial
  • Kabel Twisted Pair.
  • Kabel Gentian Optik. (fiber optic)
  • Gelombang mikro. (Microwave)

KABEL COAXIAL.

THINNET (NIPIS)
THICKNET (TEBAL)
Mudah lentur
Sukar dilentur.
Saiz teras 0.25 inci
Berdiameter 0.5 inci.
Membawa isyarat sejauh lebih kurang 185 meter.
Mampu membawa isyarat sejauh 500 meter.
Digunakan dalam sambungan dari kad rangkaian yang terdapat dalam komputer ke sistem rangkaian.
Digunakan sebagai backbone bagi sambungan kepada beberapa rangkaian kecil.


PENYAMBUNG KABEL COAXIAL.

  • Kedua-dua jenis kabel coaxial, thinnet dan thicknet menggunakan penyambung yang dikenali sabagai BNC (BRITISH NAVAL CONNECTOR).

4 JENIS BNC :

  • BNC connector
  • BNC T connector
  • BNC barrel connector
  • BNC terminator connector

TWISTED PAIR CABLE.

  • Dibina oleh dua wayar kuprum penebat yang berpintal.
  • Pasangan wayar ini bertindak sbg 1 laluan komunikasi.
  • Dikumpulkan dalam 1 kabel.
  • Sekiranya penghantaran itu pada jarak yang jauh, maka kabel ini akan mengandungi beberapa ratus pasangan wayar.

JENIS KABEL TWISTED PAIR.

  • Kabel unshielded twisted pair.
  • Kabel shielded twisted pair.

KABEL GENTIAN OPTIK.

  • Merupakan kabel yang menerima dan menghantar isyarat cahaya.
  • Diperbuat daripada gentian kaca @ gelas.
  • Mengandungi 1 teras yang dibuat daripada kaca yang terletak di tengah-tengah.

Single Mod

  • Mempunyai diameter core yang sangat kecil iaitu 3-10 mm.

Gentian Multimod

  • Perjalanan cahaya dari 1 hujung ke hujung lainnya terjadi dengan melalui beberapa lintasan cahaya.

Single mod
Gentian mod
Jenis laser.
Jenis LED.
Diameter core adalah 9 mikrometer.
Diameter core adalah 50-1000 mikrometer.
Cahaya direbak hanya melalui 1 alur cahaya sahaja.
Panjang gelombang cahaya tidak sama dengan diameter core, ini menyebabkan cahaya direbakkan melalui alur cahaya yg berlainan.

KEBAIKAN DAN KELEMAHAN.

KEBAIKAN
KELEMAHAN
Nipis
Banyak menggunakan peralatan elektronik sokongan supaya sistem beroperasi.
Muatan tinggi
Memerlukan masa yang panjang untuk penggunaan secara meluas.
Kurang kadar kelemahan isyarat
Ia memerlukan penyelidikan yang berterusan
Isyarat digital
Pengeluaran kabel gentian optik tidak banyak.


GELOMBANG PENGHANTARAN TANPA WAYAR

1.Gelombang radio = untuk berkomunikasi multicast, seperti radio, tv & sistem paging.

2. Gelombang mikro = untuk komunikasi unicast seperti telefon bimbit, rangkaian satelit dan
                               rangkaian wireless.

3. Isyarat infra-red = untuk komunikasi jarak dekat (terhad) tertutup dengan menggunakan
                              penghantaran line-of-sight.

KOMUNIKASI SATELIT

  • Prinsipnya sama dengan penghantaran gelombang mikro, cuma gunakan satelit sebagai penerima dan penghantar isyarat.
  • Boleh menerima dan menghantar isyarat di mana-mana sahaja di muka bumi.
  • Membuatkan komunikasi dan data yang dihantar lebih berkualiti.

1.2 : PENGENALAN KEPADA TEKNOLOGI MAKLUMAT.    
  • Internet singkatan perkataan Bahasa inggeris ialah inter-network.
  • Rangkaian komputer yang berhubung menerusi beberapa rangkaian.
  • Intenet ialah sistem komputer umum.
  • Berhubung secara sejagat dan menggunakan TCP/IP sebagai protokol pertukaran paket.


KEMUNCULAN INTERNET.

Rangkaian pusat yang membentuk internet bermula pada tahun 1969 sebagai ARPANET yang dibangunkan oleh ARPA (UNITED STATES DEPARTMENT OF DEFENSE ADVANCED RESEACH PROJECTS AGENCY).

Beberapa penyelidikan awal yang disumbang oleh ARPANET termasuk kaedah rangkaian tanpa pusat, teori queueing dan kaedah pertukaran paket.

BUDAYA INTERNET.

Bilangan pengguna internet yang besar dan semakin berkembang dan telah mewujudkan budaya internet.

Mempunyai kesan yang besar ke atas ilmu dan pandangan dunia.

Dengan hanya berpandukan enjin gelintar seperti google, pengguna di merata dunia mempunyai capaian serta-merta kepada bermacam-macam maklumat.

Berbanding dengan buku dan perpustakaan , internet melambangkan penyebaran maklumat dan data secara ekstrem.


1.3 MENERANGKAN PENGGUNAAN LAMAN WEB DAN LAIN-LAIN PERKHIDMATAN INTERNET.

KEGUNAAN LAMAN WEB.

LAMAN WEB BOLEH MEMPAMERKAN PRODUK/TAWARAN ANDA.

Dalam dunia internet membolehkan pelanggan meneroka produk @ perkhidmatan terlebih dahulu sebelum melakukan pembelian.

Membantu pelanggan mengetahui akan semua perkhidmatan @ produk yang ditawarkan.

LAMAN WEB MERUPAKAN MEDIA PENGIKLANAN BERKESAN.

Membuat laman web dan mengoptimakan laman web memerlukan pelaburan awal yang akan mendatangkan keuntungan berlipat ganda jika dilakukan dengan cara yang betul dan konsisten.

MEMBINA LAMAN WEB SENDIRI AMAT MUDAH.

Boleh menggunakan Microsoft word dan powerpoint sudah tentu boleh menggunakan perisian pembina laman web yang kelihatan professional dalam masa yang singkat.

MELALUI LAMAN WEB, LEBIH MUDAH BAGI PELANGGAN UNTUK MENGESYORKAN ANDA.

Dalam dunia internet ini, seorang pelanggan boleh mengesyorkan anda melalui e-mel, forum online, facebook dan lain-lain rangkaian sosial.

LAMAN WEB MEMBOLEHKAN PELANGGAN MENCARI ANDA.

Perniagaan anda sering mempunyai pelawat pada kedai @ pejabat anda, maka semasa membina laman web, anda boleh meletakkan arahan bagaimana mencari kedai @ pejabat menggunakan peta seperti pet google untuk memudahkan pelanggan.




LAMAN WEB MERUPAKAN SUMBER BAIK UNTUK MENJAWAB SOALAN PELANGGAN.

Menyediakan sebuah laman soalan-soalan yang ditanya (FAQ) pada website.

Boleh menggunakan borang yang membolehkan pelanggan e-mel anda soalan-soalan lain @ memaparkan nombor telefon anda dengan jelas jika memilih menerima pertanyaan melalui telefon.

LAMAN WEB MEMBOLEHKAN PRODUK ANDA DIJUAL SECARA ONLINE.

Boleh meningkatkan jumlah pelanggan anda dan sebuah laman web juga membolehkan anda meningkatkan perniagaan anda ke peringkat kebangsaan @ antarabangsa.

LAMAN WEB MEMBOLEHKAN ANDA BERKOMUNIKASI DENGAN PELANGGAN.

Komunikasi dengan pelanggan adalah penting jika anda ingin membina kesetiaan pelanggan.

Komunikasi tidak semestinya memerlukan anda dan pelanggan bersemuka.

Forum, blog, twitter @ facebook boleh dijadikan media komunikasi antara anda dan pelanggan anda.

PENTING UNTUK MENDAPAT KEPERCAYAAN PELANGGAN.

Memiliki laman web yang baik akan membuat anda kelihatan lebih professional.

Membina satu laman web yang direka secara professional dan kelihatan rapi akan lebih mudah menimbulkan kepercayaan mereka terhadap perniagaan anda.


 
 

No comments:

Post a Comment