Kesimpulan
Dengan adanya sistem
maklumat syarikat-syarikat kecil dan
syarikat-syarikat besar boleh menggunakan sistem tersebut dan menjalankan perniagaan
secara elektronik dan selamat agar perniagaan mereka menjadi lebih cekap dan
mampu berdaya saing dengan syarikat antarabangsa. Dengan adanya sistem maklumat
boleh membantu perniagaan memperluaskan produknya. Dengan menggunakan sistem
ini amat ia dapat memudahkan proses penyimpanan data iaitu segala data yang
berkaitan dengan perniagaan. Dengan sistem ini ia mempercepatkan proses
pengumpulan data. Dengan cara ini amat mudah mencari dan memperolehi data-data
yang diperlukan. Masa untuk mencari data juga menjadi lebih singkat dan ini
menyebabkan kerja penyimpanan dan penggunaan data lebih efisen dan lebih
teratur.
Kini teknologi dunia semakin
meningkat, hanya menggunakan hujung jari sahaja, apa yang dikehendaki mudah
didapati, tidak ketinggalan juga sistem maklumat yang mengumpulkan pelbagai
maklumat tentang organisasi. Antara maklumat yang disimpan contohnya data
peribadi pekerja, jadual gaji pekerja. Segala permohonan hanya dibuat melalui
sistem. Kesalahan dalam membuat dan menyimpan maklumat mentah kepada maklumat
yang boleh digunakan menjadi lebih mudah. Ia akan mempercepatkan urusan kerja.
Seterusnya dapat meningkatkan prestasi syarikat tersebut. Pekerja dapat
melakukan kerja dengan lebih efisyen dan teratur.
No comments:
Post a Comment