Bab-Bab Teknologi Maklumat

Wednesday, February 10, 2016


Definisi penuh e-dagang adalah mengeksploitasi teknologi dan aplikasi untuk menghubungkan sistem perniagaan yang kritikal secara terus kepada pelanggan, pekerja dan pembekal melalui Intranet, Extranet dan WWW, tak kira saiz, lokasi dan jenis perniagaan. Antara syarat e-dagang memerlukan pengemaskinian maklumat mutakhir dalam proses pentadbiran dan perniagaan.

Perdagangan elektronik, E-dagang atau dalam bahasa Inggerisnya Electronic Commerce (EC) adalah sebuah sistem perniagaan dan jual beli yang banyak menggunakan kemudahan teknologi maklumat terutama telekomunikasi canggih sehingga dapat melindungi dan memuaskan pengguna-penggunanya iaiitu yang terdiri daripada penjual, pembeli dan pihak-pihak yang ketiga seperti bank, syarikat kewangan, syarikat kad kredit, pengeluar sijil pengesahan digital dan lain-lain lagi.

Kebelakangan ini, ianya banyak menggunakan Internet khususnya Web untuk mengadakan satu rangkaian yang menyatukan pelanggan, penjual dan pihak-pihak ketiga dalam satu persekitaran elektronik yang selamat untuk semua pihak dan boleh dipercayai.

Dengan E-dagang sesebuah syarikat atau individu boleh melakukan transaksi jual dan beli dari dan di mana sahaja di dunia ini. Pra syarat terpenting untuk menjalankan perniagaan dalam suasana yang menggunakan teknologi E-Dagang ini ialah pemilikan kelengkapan IT yang sesuai dan prasarana telekomunikasi yang membolehkan anda mengkases Internet. Ini sudah tentunya bermula dengan sebuah komputer, modem dan talian telefon.

Penggunaan E-dagang dijangka akan melonjak naik dari setahun demi setahun sesuai dengan meningkatan penerimaan IT di kalangan masyarakat, walau bagaimanapun di antara yang membelenggu penerimaan e-dagang secara lebih meluas di kalangan khalayak ramai ialah persepsi bahawa e-dagang masih tidak boleh dipercayai dari segi keselamatan dan kepercayaannya berbanding dengan cara-cara tradisional perdagangan.

Jenis-jenis E-dagang

E-dagang dapat dibahagikan kepada dua jenis utama iaitu di antara perniagaan dan perniagaan dan yang keduanya di antara perniagaan dan pengguna.

Jenis e-dagang yang pertama iaitu di antara perniagaan dan perniagaan melibatkan transaksi di antara dua atau lebih perniagaan atau syarikat di mana seringkali satu pihak merupakan syarikat pembekal kepada satu pihak yang lain. Sebagai contohnya pengeluar kicap akan berinteraksi dengan sebuah pasaraya dalam proses memesan, menghantar dan membayar pesanan botol-botol kicap.

Jenis e-dagang yang kedua pula iaitu di antara perniagaan dengan pengguna pula melibatkan transaksi di antara penjual akhir sesuatu produk itu misalnya sebuah pasaraya yang menjual produk-produk kepada pengguna terakhir ialah orang ramai yang memesan satu atau dua botol kicap melalui e-dagang.

Dari segi jumlah transaksi yang dilakukan melalui e-dagang, jenis pertama iaitu transaksi di antara perniagaan dengan perniagaan sebenarnya paling banyak memberi kemanfaatan kepada sesebuah syarikat itu kerana jumlah pesanan di antara perniagaan seringkali besar dan kerap berbanding dengan di antara perniagaan dengan pengguna akhir.

Walau bagaimanapun perkara ini mungkin berubah apabila lebih ramai pengguna akhir menggunakan e-dagang untuk membeli barangan seharian seperti kicap, bunga, beras, baju, kereta dan lain-lain keperluan konsumer sesebuah mesyarakat itu.

Saiz E-dagang

Menurut statistik yang dikeluarkan oleh statista.com, 40 peratus pengguna internet diseluruh dunia membeli-belah melalui internet.

Dianggarkan seramai 1.2 bilion pengguna pada tahun 2015 membuat pembelian melalui internet dan dijangkakan akan terus meningkat.

Pada tahun 2013 jumlah transaksi e-dagang adalah sebanyak AS$1.2 trilion yang diurusniagakan dalam talian dan jumlah ini dijangkakan akan terus meningkat.

Skop E-dagang

Secara amnya, pasaran E-dagang meliputi enam bidang iaitu pengiklanan, pendidikan, kewangan, bidang professional, peruncitan dan pelancongan. Keenam-enam bidang ini telah menyumbang kepada pertumbuhan E-dagang yang memberangsangkan.


Kelebihan-kelebihan teknologi kepada usahawan:

    1. Teknologi ialah antara kelebihan penting kepada setiap usahawan yang progresif dan mahu sentiasa membangun.
    2. Boleh menaikkan imej dan kredibiliti usahawan.
    3. Mengembangkan perniagaan ke negara-negara lain dengan mewujudkan teknologi moden seperti internet dan e-dagang.
    4. Mendapat maklumat mengenai promosi atau aktiviti syarikat dengan lebih cepat dan tepat, melalui pelbagai bentuk media.
    5. Meningkatkan produktiviti usahawan.
      • Para usahawan dapat berkongsi dan menyebarkan maklumat dengan lebih pantas, efisyen dan tepat melalui emel, SMS dan pelbagai medium lain.
    6. Berkongsi, menyimpan dan menyebar maklumat.
      • Pembentangan produk boleh dilakukan pada bila-bila masa dan lebih menarik dengan informasi yang tersimpan di dalam komputer atau tablet PC.
      • Maklumat stok serta pelbagai strategi lain lebih mudah disimpan dan dirujuk dengan menggunakan perisian terkinu untuk memastikan perniagaan berjalan dengan lancar.
      • Menyimpan maklumat pengguna dan produk belian mereka dengan efisien dan ini memastikan pengulangan pembelian kerana servis lepas jualan yang pro-aktif dan pantas.
    7. Bersedia utntuk pembangunan masa depan.
      • Teknologi dapat memastikan statistik dan maklumat digunakan dengan cara yang terbaik bagi perancangan bisnes masa depan. Ia juga berkembang dengan pantas, selari dengan perkembangan dunia perniagaan.
    8. Penggunaan masa yang lebih efisien serta mencipta peluang pekerjaan yang baru.
    9. Memperbaiki mobiliti pernigaan.
      • Teknologi telah memperbaiki jualan syarikat dngan membenarkan stokis menggunakan alat-alat elektronik peribadi untuk membuat paparan jualan serta menghantar pesanan dan maklumat pelanggan ke pejabat dengan cepat.
      • Alat-alat elektronik ini telah memendekkan masa yang diperlukan oleh syarikat untuk menerima dan menghantar barangan atau perkhidmatan dan seterusnya mewujudkan kelebihan berdaya saing dalam industri.
    10. Komunikasi
      • Dengan bantuan teknologi, proses komunikasi telah menjadi lebih murah, cepat dan efisien.
    11. Keberkesanan kos.
      • Teknologi membolehkan proses perniagaan dikomputerkan diaman perniagaan akan mendapat pulangan yang tinggi dengan menggunakna peralatan mesin yang berteknologi.
    12. Globalisasi.
      • Ia bukan sahaja menunjukkan perhubungan dunia yang rapat tetapi juga membenarkan ekonomi di dunia ini menjadi satu sistem yang bersifat saling-bergantung.

Perhubungan harmoni di antara teknologi dan perniagaan harus diwujudkan. Sekiranya penggunaan teknologi diabaikan, perniagaan akan hilang daya saing sama ada di peringkat tempatan atau global.

PERDAGANGAN ELEKTRONIK

Perdagangan Elektronik juga dikenali sebagai e-dagang (Electronic Commerce). Ia adalah sebuah sistem perniagaan yang menggunakan kemudahan teknologi maklumat terutamanya telekomunikasi canggih. E-dagang boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu e-dagang di antara perniagaan dengan perniagaan dan e-dagang di antara perniagaan dengan pengguna. E-dagang di antara perniagaan dengan perniagaan melibatkan transaksi di antara dua atau  lebih syarikat di mana satu pihak merupakan syarikat pembekal kepada satu pihak yang lain. E-dagang di antara perniagaan dengan pengguna pula melibatkan transaksi di antara penjual produk akhir dengan pengguna.

E-dagang menggunakan Internet untuk mewujudkan satu rangkaian yang menyatukan pelanggan, penjual dan pihak ketiga seperti bank, syarikat kewangan, syarikat kad kredit dan sebagainya dalam satu persekitaran elektronik yang selamat untuk semua pihak. Dengan adanya e-dagang, sesebuah syarikat atau individu boleh melakukan transaksi jual beli di mana sahaja di dunia ini. Ia kini digunakan secara meluas terutamanya di negara-negara barat malah diakui oelh syarikat antarabangsa dan pakar pasaran sebagai satu sektor perniagaan dan pemasaran yang tidak boleh diabaikan.

Internet pula boleh menjadi salah sebuah lokasi perniagaan utama yang menjalankan urusan jual beli barangan dan perkhidmatan dalam dua cara iaitu yang pertama, memasarkan serta menjual barangan dan perkhidmatan dan menerima pembayaran elektronik. Cara yang kedua ialah mewujudkan rangkaian korporat persendirian yang dipanggil Intranet yang membolehkan pengguna membei barangan di rumah atau tempat perniagaan.

Kelebihan e-dagang dan Internet:

    1. Urusan jual beli dapat dijalankan dengan lebih mudah dan cepat di samping menjimatkan kos.
    2. Para peniaga boleh membuat promosi dengan mengiklankan produk mereka melalui kemudahan Internet.
    3. Ia membantu syarikat untuk meluaskan pasaran di serata dunia.
    4. Ia membantu mengintegrasikan semua bahagian dalaman syarikat dengan sesebuah transaksi perniagaan untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan.
      • Contohnya seseorang pelanggan akan mendapat barang tempahannya dalam tempoh yang singkat di mana e-dagang membolehkan tempahan pelanggan dihantar dengan serta-merta kepada bahagian dalaman syarikat yang berkenaan untuk diproses dengan segera.

Kesimpulan

Pendek kata, teknologi telah memberi manfaat kepada para pengguna malah memberikan kemudahan dan kebaikan kepada syarikat. Ia juga menjadi salah satu faktor penting yang memaksimumkan hasil sesebuah syarikat.

No comments:

Post a Comment